Latest News

Wednesday 16 August 2017

‘Orang yang cakap tu mungkin ada sikit sewel’



PETALING JAYA - "Takkan kita nak rancang buat kekecohan dalam program kita sendiri," demikian respons Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menjawab dakwaan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunus mengenai insiden yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 adalah angkara orang dalam sendiri.

"Orang yang cakap macam tu mungkin ad sikit sewel. Kita anjurkan program dan sudah pasti mahukan ia berlangsung dengan baik, pada masa sama memberi peluang dan ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab segala soalan penonton," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata tidak munasabah tuduhan-tuduhan seumpama itu dilemparkan kepada pihaknya.


"Sebetulnya, ramai yang datang semalam tidak puas hati kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak hadir, " ujarnya.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pihak polis berkaitan permit diberikan selepas penganjur memberi jaminan tidak berlaku perkara seumpama itu, Muhyidddin berkata, ia di luar kawalan pihaknya.

"Memang kita memberi jaminan seperti itu, tetapi kita tidak boleh pastikan jika ada pihak luar yang masuk apatah lagi berpakaian seperti kami dengan niat lain. Tapi, untuk masa-masa lain, kita perlu lebih berhati-hati," jelasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0]

Katanya, kejadian semalam itu adalah perbuatan pihak lain yang merancang awal.

"Jadi kami sebagai parti politik tidak ada kemahiran nak tahu orang baik atau orang jahat.

"Kami buat macam biasa dengan memastikan program berjalan lancar dan baik. Tapi, kalau ada pihak lain yang mahu cetuskan huru-hara, sudah pasti kami tak mampu nak kawal," katanya.

Terdahulu, program Nothing To Hide 2.0 semalam dicemari dengan insiden baling kerusi, botol dan suar ketika Mahathir sedang mendengar soalan penonton.

Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: ‘Orang yang cakap tu mungkin ada sikit sewel’ Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top