Latest News

Monday 28 August 2017

‘Saya tak pernah dilahir, tak sumbang apa pun pembangunan’



Walaupun kesal, jasa dan peranannya sebagai perdana menteri sepanjang 22 tahun cuba ‘dipadamkan’ dalam buku sekolah, namun bagi Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau memilih untuk memendamkan kekecewaannya.

Sebaliknya, pemimpin berusia 92 tahun itu memilih membidas mereka yang cuba ‘memadamkan’ kegemilangan pentadbirannya dengan cara sinis.

“Saya tak hairan. Dia tak bubuh nama apa-apa pun. Orang tahu saya. Saya bukan tunggu buku dia orang, boleh padamlah, tak payah cerita langsung.

“Kata Mahathir ini tak pernah dilahir - Iskandar Kutty kah, tak Kutty kah - dia tak pernah dilahir, tak pernah bekerja, tak pernah sumbang apapun terhadap pembangunan.

“Semua yang terbangun ini adalah hasil (Perdana Menteri, Datuk Seri )Najib (Razak),” kata Mahathir dalam nada menyindir.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar di Gombak malam semalam selepas menghadiri majlis makan malam dan mengutip derma Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mahathir diminta mengulas pihak yang menularkan isu gambarnya selaku perdana menteri keempat tidak dimasukkan dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Soalan susulan meminta pelajar membuat kad ucapan menyatakan penghargaan dan sokongan mereka berdasarkan potret-potret berkenaan.

Kementerian Pendidikan sebelum ini menafikan bahawa buku itu adalah terbitannya dan telah membuat laporan polis terhadap penerbit buku dan juga warga maya yang mendakwa bahawa buku itu dari kementerian terbabit.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan tindakan pihak terbabit juga adalah “satu kerja gila”.

Katanya, walaupun dalam politik Dr Mahathir sudah menjadi pembangkang dan adalah lawan N, tetapi tidak ada sebab untuk ‘menghilangkan’ gambarnya dalam buku.


malaysia kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: ‘Saya tak pernah dilahir, tak sumbang apa pun pembangunan’ Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top