Latest News

Wednesday 16 August 2017

Tun Mahathir : Jika kamu bunuh polis, sedialah terima akibatnya



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyambung jawapannya berhubung soalan yang diajukan kepadanya mengenai peristiwa Memali dalam program Nothing to Hide 2.0 pada Ahad lalu di Shah Alam.

Katanya, jika terdapat mana-mana pihak yang membunuh anggota polis, pesalah harus menerima balasan kerana anggota keselamatan itu sudah pasti akan mempertahankan diri mereka.

image: https://i.malaysiakini.com/300/34d8cb0acb8e9343889185324f977738.gif


“Saya ingin buat jawapan kepada soalan mereka, saya hanya dapat cakap separuh sahaja tentang standard operasi (SOP) polis.



“Kalau kamu datang dengan parang dan bunuh polis, jadi mereka mestilah sanggup terima balasan dari polis, polis tentu akan pertahan diri mereka.

“Malangnya mereka tak nak dengar jawapan saya dan mereka cetuskan rusuhan,” katanya dengan nada kesal.

Dr Mahathir berkata demikian dalam Facebook Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) ketika mengulas kekecohan yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2 pada Ahad lalu.

Dalam program itu, seorang peserta bertanyakan soalan mengenai Memali yang berlaku pada 1985 dan Dr Mahathir mempertahankan tindakan polis semasa tragedi itu.

Namun, ketika Dr Mahathir sedang memberikan jawapan, secara tiba-tiba kelihatan ada peserta yang membaling kasut, selipar, suar dan kerusi ke arahnya.

Forum yang bermula pada jam 3 petang itu kemudian bertukar menjadi ganas pada kira-kira jam 5.30 petang.



image: https://i.malaysiakini.com/1142/2321b5e2c161a5d0ec47b402b992422d.jpeg


Bagaimanapun, tiada objek mengenai Dr Mahathir apabila anggota keselamatan bergegas untuk melindunginya. Pertempuran kemudian berlaku apabila penyokong BERSATU cuba menghadapi provokasi berkenaan yang akhirnya melarat ke luar dewan.

Konfrontasi Memali di Baling, Kedah tercetus pada bulan November 1985 ketika Dr Mahathir adalah perdana menteri.

Semasa kejadian, polis mengepung penduduk kampung bersama kira-kira 400 pengikut seorang pemimpin PAS, Ibrahim Mahmud.

Dalam pertembungan itu, 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh. Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya, juga terbunuh dalam serangan berkenaan.

PAS kemudian mengisytiharkan mereka yang terbunuh sebagai mati syahid kerana mempertahankan Islam manakala kerajaan mendakwa mereka membawa ajaran sesat.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/392049#xkxwBmHgV3we5ooa.99
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tun Mahathir : Jika kamu bunuh polis, sedialah terima akibatnya Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top