Latest News

Tuesday 15 August 2017

Video : ‘Saya rasa sedih kerana bukan budaya kita merusuh’ - Tun M



Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa sedih berhubung insiden kekecohan yang terjadi dalam program Nothing To Hide 2.0.

Jelasnya, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana seperti diketahui umum, rakyat Malaysia lazimnya bersikap sopan santun dan beradab.

"Saya rasa sedih kerana bukan budaya kita nak merusuh seperti itu," katanya dipetik menerusi perkongsian video di Facebook Bersatu, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0]

Ahad lalu, berlakunya adegan baling kerusi dan baling botol air ketika Dr Mahathir menjawab soalan peserta dalam program Nothing To Hide 2.0.

Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Mahathir mengenai tragedi memali yang berlaku ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu.

Program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & kebudayaan Selangor, Shah Alam anjuran Armada Malaysia.

Insiden itu juga menyebabkan program yang pada awalnya dijadual tamat pada jam 6 petang terpaksa dihentikan terus oleh pihak penganjur.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan itu, Mahathir berkata, beliau tidak menyangka insiden itu akan berlaku,kerana masih belum sempat menghabiskan baki jawapan berhubung soalan memali tersebut.

"Saya ingin membuat jawapan kepada soalan mereka saya cuma dapat berkata separuh sahaja... berkenaan SOP (gerak kerja) polis kalau awak datang dengan parang dan bunuh pegawai polis maka mereka kena sanggup terima daripada polis.

“Polis mesti pertahankan diri mereka, saya ingat saya boleh jawab sehingga tamat tapi malangnya mereka tak nak dengar barangkali jawapan saya maka mereka cetuskan rusuhan di situ," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden 'kerusi terbang' Tun M selamat tidak tercedera]

Dalam insiden itu, Dr Mahathir bagaimanapun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Suasana itu mencetus panik di kalangan pemimpin dan peserta yang mengikuti forum itu, menyebabkan mereka cuba menyelamatkan diri dan berla
ku pergelutan di kalangan penyokong Mahathir dan peserta yang tidak berpuas hati.

Artikel Sinar Harian 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : ‘Saya rasa sedih kerana bukan budaya kita merusuh’ - Tun M Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top