Latest News

Thursday 14 September 2017

Isu ROS: Harapan buat surat minta jumpa menteri


11 September 2017

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan membuat surat permintaan untuk berjumpa dengan menteri terlibat berkaitan isu Pejabat Pendaftar (ROS) parti tersebut.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan tersebut dibuat selepas pihak mereka tidak mendapat apa-apa maklumat berkaitan kelulusan perlembagaan parti berkenaan.

"Setakat ini tak dapat apa-apa maklumat untuk luluskan draf perlembagaan dan juga permohonan logo atau simbol bagi Harapan.

"Justeru, kami akan minta untuk jumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan maklumat sama ada terdapat apa-apa kemusykilan mengenai perlembagaan parti ini,"katanya ketika sidang media Majlis Presiden Harapan, hari ini.


Terdahulu, ROS menolak logo dan simbol harapan kerana logo tersebut tidak mempunyai perkataan Pakatan.

Tambah Mahathir lagi, pihaknya sedia membuat pindaan jika perlu.

"Kami yakin menteri tersebut yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri akan beri peluang pada kami untuk kemukakan pandangan.

"Kami juga terbuka untuk mendengar pendapat dan sebab kelulusan belum diberikan pada permohonan kami,"tambahnya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Isu ROS: Harapan buat surat minta jumpa menteri Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top