Latest News

Wednesday 13 September 2017

Tun M cerita kisah bersama Almarhum Tuanku Sultan Kedah


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebak apabila diajukan soalan oleh wartawan di Istana Anak Bukit selepas menziarahi jenazah Almarhum Tuanku Sultan Kedah.

Tun Mahathir memaklumkan bahawa beliau dan Almarhum kenal sejak dibangku sekolah dan jarak usia mereka tidak jauh berbeza.

Antara kenangan indah mereka ialah Tun terpaksa naim bas bersama Almarhum Baginda dari Pulau Pinang, kerana tidak ada kereta waktu itu.

Menurut Tun Mahathir lagi, Almarhum tidak sedikit mengharap akan memerintah negeri namun siapa sangka baginda ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong sebanyak dua kali.

Almarhum adalah seorang yang berpewatakan menarik dan suaranya lembut, kadang-kadang sukar untuk mendengar, perlu rapat untuk mendengar dengan jelas.

Hubungan Tun Mahathir dan Almarhum tidak terjejas walau Baginda ditabalkan sebagai Sultan Kedah, cuma kekangan waktu menyebabkan kurang berjumpa.

"Baginda ada ramai kawan dan sikap mesra itu tetap ada walau menjadi pemerintah negeri.

"Baginda komited laksanakan amanah sehingga tempoh lima tahun berakhir, Almarhum amat mengambil berat masalah negara dan negeri Kedah." Jelas Tun Mahathir.

Turut bersama Tun ke Istana ialah Tun Siti, Timbalan Presiden PPBM Dato Seri Haji Mukhriz Mahathir dan isteri.

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Dato Seri Azmin Ali dan pemimpin Pakatan Harapan 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tun M cerita kisah bersama Almarhum Tuanku Sultan Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top