Kisah impian seorang anak muda yang mahu Ayahanda Tun M tandatangan buku Doctor In The House.
Me : Assalamualaikum Tun, nak minta Tun tandatangan di buku ni boleh? (Sambil tunjuk buku Doctor In The House/Doktor Umum tulisan Tun sendiri)
Tun : Boleh. 1 sign 10 sen (senyum)
Tun : Oo dari Kubang Pasu (tengok di baju saya). Hang nama apa?
Me : Nama saya Rushdi, Tun (Saya tolong spelling kan R.U.S.H.D.I).
Rupanya Tun nak tulis di buku tu nama saya – To Rushdi. Dan Tun boleh tulis sekali lalu ja nama saya. Biasanya nama saya part ‘sh’ tu selalu orang akan confuse dan akan refer semula lagi sekali.
Hasrat nak minta Tun tandatangan buku ini dah lama. Semenjak saya beli buku ini lagi beberapa tahun lalu lagi. Semenjak PPBM belum tertubuh pun, semenjak Tun di dalam Umno lagi. Akhirnya baru hari ini tercapai. Itupun setelah saya bertanya sendiri kepada polis pengawal peribadi Tun beberapa hari lalu semasa program Tun di Stargate, sama ada saya boleh berbuat begitu (sign di buku) semasa di airport perjalanan pulang Tun berdua nanti. Polis itu siap kata saya boleh terus ke rumah penginapan Tun di Alor Setar jika nak, dan dia akan uruskan untuk saya. Hehe
Berjalan masuk ke lobi Bunga Raya untuk berlepas Tun masih diberi tabik hormat oleh anggota polis yang bertugas di situ. Sampai di checking terakhir pramugari bertugas di kaunter mengucapkan Kami Sayang Tun bukannya Hai Selamat Datang Ke Penerbangan Kami seperti kebiasaan. Kemudian mereka pergi bersalam dan berpeluk dengan Tun Dr Siti Hasmah. Dan kemudian saya tengok 2 orang daripada 3 pramugari bertugas di di situ menangis dan mengesatkan air mata.
Momen itu agak mengharukan apabila mengenangkan sosok tubuh berusia 92 tahun yang masih gagah memperjuangkan negara di kala dihentam kiri kanan setiap hari oleh musuh politiknya.
Tandatangan berharga Tun ini akan saya abadikan selama-lamanya. Untuk tatapan generasi saya yang akan datang kelak, bahawa sejarah negara pernah mempunyai seorang Negarawan hebat yang tidak tolok gantinya. Akan balut kemas-kemas buku itu supaya tidak rosak.
Satu lagi yang paling mengujakan ialah pen saya yang Tun guna untuk tandatangan tu. Pen itu dihadiahkan oleh pihak Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM bagi pelajar yang menamatkan pengajian Sarjana (Master) di UUM pada tahun 2013 di mana saya salah seorang yang mendapatnya. Pen itu pun nampaknya saya kena simpan dah tak boleh guna. Tun orang terakhir yang guna 😊
Terima kasih Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah ❤
Dari :- Ahmad Rushdi
0 comments:
Post a Comment