Sebelum ini sudah menjadi kebiasaan apabila ahli UMNO dan golongan atas pagar menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sama ada secara terang-terangan atau berselindung. Namun sejak akhir-akhir ini menjadi satu keunikan yang memberi nafas baru kepada PPBM apabila pemimpin dan ahli-ahli PAS secara terang-terangan tampil menyertai PPBM.
Beberapa hari yang lalu, seramai 32 ahli PAS di Sedim, Kulim telah menyerahkan borang pemohonan keahlian PPBM kepada Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir. Semalam seramai 97 ahli PAS di Kampung Alor Batu, Tunjang yang diwakili saudara Mazlan Darus turut menyerahkan borang kepada Dato' Seri untuk menyertai PPBM.
Sebagai tanda simbolik penyertaan ahli, Dato' Seri bersama Dato' Ir Amiruddin Hamzah telah menyarungkan baju PPBM kepada salah seorang lagi wakil ahli PAS Kampung Alor Batu yang menyertai PPBM.
0 comments:
Post a Comment