Latest News

Wednesday, 7 March 2018

‘Cermin diri sebelum panggil orang lain pondan’



SHAH ALAM - Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa kalangan pemimpin Umno menggunakan taktik biasa iaitu memfitnah pembangkang apabila menjelangnya pilihan raya umum (PRU).

“Ini taktik biasa Umno, bila dekat PRU, mula fitnah pembangkang. Terima duit dari Yahudi lah... Robert Kuok lah... Amerika Syarikat lah.

“Datuk Seri (Mohamed) Nazri (Abdul) Aziz tidak pernah gagal mempamerkan keangkuhannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saddiq berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menggesa hartawan terkenal, Tan Sri Robert Kuok agar tidak menjadi ‘pondan’ dan ‘ayam betina’ kerana berselindung di Hong Kong dan memberi dana kepada DAP.

“Yang 'pondan', Nazri Aziz, yang mencemuh, mencaci dan memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad tapi tak berani untuk berentap dengan Tun Mahathir di Langkawi.


“Sebelum panggil orang lain 'pondan', cermin diri sendiri dahulu,” kata Syed Saddiq.

Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno sebelum ini mencabar orang paling kaya di Malaysia, Kuok untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ia dicetuskan susulan dakwaan artikel penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendedahkan hartawan itu menyumbang dana kepada DAP dalam usaha parti itu menewaskan BN pada PRU14.

“Yang 'pondan', Nazri yang menikuskan diri daripada berdebat dengan Tun Mahathir.

“Yang 'pondan', Nazri yang hanya baling batu dan sembunyi tangan apabila mencemuh Tunku Mahkota Johor.

"Kalau orang lain, tentu dah kena dakwa bawah akta hasutan,” kata Sted Saddiq.

Laporan Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: ‘Cermin diri sebelum panggil orang lain pondan’ Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top