Latest News

Wednesday, 14 March 2018

HARAPAN cabar debat manifesto dengan BN (Video)


Pakar Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Rais Hussin mencabar pihak yang menggubal manifesto BN berdebat dengannya berhubung tawaran kedua-dua parti.

Ia ekoran, pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap manifesto Pakatan Harapan selepas ia dilancarkan Khamis lalu.

Antaranya, dakwaan pihak yang mengatakan negara akan mengalami defisit sekiranya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan seperti yang terkandung dalam manifesto HARAPAN.

"Kita ada lebih dari cukup. Kita ada banyak benda yang diperlukan.

“Bila BN takut-takutkan dengan cerita macam-macam, saya hanya nak beritahu, bila kita nak gubal manifesto, kita ada constructive engagement dengan semua pihak berkepentingan di Malaysia.

"Pada masa ini, segala kajian kita telah buat dan pertemuan dengan pihak berkepentingan dari semua golongan. Manifesto kita lengkap.

"(Jadi), lepas BN keluarkan manifesto mereka, kami mahu adakan debat bersama penulis manifesto mereka dengan kita.

"Kalau berani terima cabaran ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.

Laporan Malaysia Kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: HARAPAN cabar debat manifesto dengan BN (Video) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top