Latest News

Thursday 15 March 2018

Najib yang tambah hutang negara, kata Dr Mahathir


Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan Perdana Menteri Najib Razak bahawa pentadbiran Pakatan Harapan akan jadikan negara tanggung hutang sehingga RM1 trilion tidak berasas kerana gabungan parti pembangkang itu belum pernah diberi peluang mentadbir negara.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 13 Mac, 2018.



DR Mahathir Mohamad menangkis dakwaan Perdana Menteri Najib Razak bahawa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan menyebabkan negara menanggung hutang sehingga RM1 trilion.

Pengerusi PH itu berkata, dakwaan Najib tidak berasas kerana gabungan parti pembangkang itu belum pernah diberi peluang mentadbir negara.

"Yang naikkan jumlah hutang ini ialah di masa Najib jadi perdana menteri. Kami punya kerja nak kurangkan.

"Apa asasnya benda yang dia kata? Adakah kami dah menunjuk bahawa dulu bila kami berada dalam kerajaan maka kerajaan mempunyai hutang yang banyak?," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.


Najib menimbulkan dakwaan berhubung hutang tersebut ketika berucap kepada sekumpulan pelajar universiti semalam.

Beliau berkata demikian bagi memburuk-burukkan manifesto pilihan raya PH yang antara lain berjanji untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan cukai (GST) serta tol lebuhraya.

Kata Najib, langkah itu akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia berjumlah RM685 bilion.

Berucap di hadapan perhimpunan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Najib hari ini berkata negara akan menanggung beban hutang sebanyak RM1.1 trillion jika PH jika memenangi PRU14 dan mengambil alih kerajaan persekutuan.

Katanya, ini kerana manifesto pilihan raya PH yang berjanji untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta tol akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia ada, RM685 bilion.


Beliau turut menyentuh isu syarikat di bawah kementerian kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menanggung hutang RM42 bilion.

Katanya, syarikat yang diilhamkan Najib itu merupakan satu penipuan kepada rakyat.

"Pernahkah kita dengar kerajaan Malaysia (sebelum ini) buat penipuan macam tu? Kita tak pernah (dengar). Tapi Najib yang pernah (lakukan).

"Jadi kalau nak tambah hutang lagi, Najiblah yang boleh tambah. Dia pandai macam mana nak tambah hutang," katanya.

Pada bulan lalu, Najib mempertahankan hutang RM42 bilion tersebut dengan mengatakan wang itu tidak pernah hilang, tidak seperti kerugian RM31 bilion dalam skandal tukaran mata wang asing (forex) berlaku ketika pentadbiran Dr Mahathir.

Bagaimanapun, pada Januari lalu, Najib mengakui terdapat kesilapan dalam pengurusan 1MDB. – 13 Mac, 2018.

Laporan The Malaysian Insight 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Najib yang tambah hutang negara, kata Dr Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top