Latest News

Monday 7 May 2018

Aura Nik Omar tarik anak muda



BALING - Aura anak Mantan Menteri Besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz turut dirasai di daerah ini.

Calon Pakatan Harapan (Harapan) Kerusi Dun Kupang, Johari Abdullah berkata, penyertaan Nik Omar dalam Harapan memberikan impak positif kepada gabungan pembangkang di Baling.

Menurutnya, ramai golongan muda terdedah dengan internet turut beralih arah kepada Harapan.

“Golongan muda yang saya temui sebelum waktu berkempen memberikan respons positif kepada Hara–pan.

“Tapi masih ada sebahagian masyarakat kita di pedalaman belum dapat maklumat ini. Kadang-kadang mereka mahu mendengar sendiri maklumat daripada Nik Omar,” katanya ketika ditemui Pejabat Amanah, Kupang, semalam.

Menurutnya, perkem–bangan itu turut mendatangkan kebimbangan kepada Pas di Baling yang menghalang ahlinya dari menyertai ceramah yang dianjurkan Hara–pan.

Katanya, sikap tidak terbuka Pas memberikan peluang kepada calon BN, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim untuk menang di Parlimen Baling.

“Pas juga boleh dikatakan ketandusan calon, walaupun ada calon muda tetapi tidak diketengahkan,” katanya.

Johari berkata, beliau akan menyambung usaha meluluskan tanah kepada penduduk Dun Kupang seperti mana pernah dibuat ketika menjadi Adun Kupang bagi Pas (2008-2013).

“Mantan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak telah menyerahkan borang 5A kepada 35 orang penduduk Kampung Iboi. Tetapi dua minggu kemudian bubar parlimen dan kerajaan Pakatan Rakyat tewas,” katanya.

Menurutnya, Harapan juga mempunyai perancangan menyediakan tempat yang sesuai kepada peniaga.

"9 Mei ini keluarlah beramai-ramai undi calon bagi lambang PKR,” katanya

Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Aura Nik Omar tarik anak muda Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top