Latest News

    Friday, 20 July 2018
    Anak Melayu

    BERSATU sudah hukum 'pembelot' parti


    Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) sudah mengambil tindakan disiplin ke atas anggota mereka yang didapati melakukan sabotaj semasa pilihan raya umum (PRU) lalu.

    Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata antara kesalahan yang dikenal pasti ialah mereka membantu parti lawan serta mengadakan sidang media untuk memburuk-burukkan BERSATU.

    Bagaimanapun kata Dr Mahathir BERSATU tidak akan mendedahkan nama individu terbabit

    "Ada yang digantung tetapi tidak dibuang terus.

    "Tak payahlah parti beritahu berapa banyak dan siapa mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat BERATU di Petaling Jaya petang ini.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BERSATU sudah hukum 'pembelot' parti Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu