Latest News

Tuesday 17 July 2018

Dato' Seri Mukhriz kembali ke Dewan Rakyat


17 Julai 2018 - Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir kembali semula ke Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Jerlun setelah meninggalkan kerusi Parlimen itu pada 2013 untuk bertanding di Dun Ayer Hitam pada PRU ke 13 dahulu dan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke 11 pada Mei 2013.

Untuk rekod Dato' Seri Mukhriz bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 di Parlimen Jerlun, beliau bertanding dengan menggunakan tiket Barisan Nasional dan telah menang dalam pilihanraya tersebut.

Menteri Besar Kedah

Pada pilihan raya 2013, Mukhriz melepaskan kerusinya di parlimen persekutuan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam. Langkah itu diambil dengan tujuan untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional boleh mengalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. 

Mukhriz memenangi kerusi Ayer Hitam mengalahkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sekaligus merampas semula kerajaan negeri Barisan Nasional, dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya, di hadapan bapanya. Pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar selepas majoriti ADUN BN mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Kembali sebagai Menteri Besar Kedah dan Ahli Parlimen Jerlun 

Pada pilihan raya 2018, Mukhriz bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra. Mukhriz memenangi kerusi Jitra mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sekaligus membentuk kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH), dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit. Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dengan yang pertama ketika bersama Barisan Nasional (BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 

Mukhriz juga bertanding sebagai calon Parlimen Jerlun dan berjaya memenanggi kerusi itu sekaligus kembali ke Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen setelah 5 tahun meninggalkan Parlimen.











  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dato' Seri Mukhriz kembali ke Dewan Rakyat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top