Latest News

Monday 13 August 2018

INTIPATI TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN KEDAH SEMPENA PERASMIAN SIDANG DUN KEDAH KALI KE-14:




Baginda bertitah:

1. Pentingnya semua pihak memahami undang-undang bagi memastikan keamanan, keharmonian dan kestabilan terus terpelihara.


2. Institusi Raja, hak Istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan jangan diusik.

3. Serlahkan identiti yang menjadi kebanggaan rakyat, bentuk keberadapan bangsa, pamerkan semangat identiti kenegerian KEKEDAHAN agar menjadi contoh kepada orang luar.

4. Bangkitkan semangat juang, berani buat perubahan dan berani meneroka. Semangat luluhur Kedah Tua dijulang. Kembalikan Kedah ke lokus yang setara. Dorong rakyat menjadi lebih berilmu dan berdaya saing dalam ranah Malaysia baharu.

5. Kerjasama dan pupuk keharmonian di semua peringkat pentadbiran. KCS disaran tingkatkan lagi kecekapan tadbir urus negeri dan peka dengan perubahan semasa.

6. Pupuk pengorbanan sebagai satu budaya kehidupan di Kedah. Semangat sebegini mampu menghindari sifat dendam, dengki khianat dan perbalahan sesama sendiri.

7. Pulih imej negara dan negeri yang terpalit dengan persepsi rasuah seperti yang dinyatakan dalam Indeks Rasuah Antarabangsa.

8. Pelan Tindakan Pendidikan perlu dirangka untuk tingkatkan tahap keberhasilan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing.

9. Pelihara dan pulihara khazanah hutan. Cari alternatif lain untuk pendapatan negeri supaya khazahan ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyat dan generasi akan datang.

10. Banyakkan tarikan pelancongan untuk menambahkan sumber hasil negeri.

11. Berbelanja secara berhemah kerana kewangan negeri bukan dalam keadaan baik. Harap Kerajaan Persekutuan dapat salur bantuan sewajar untuk membolehkan Kerajaan Negeri laksana pelan pembangunan.

12. Pentadbiran dan agensi kerajaan harus lebih mesra pengguna, kurangkan birokrasi dan beri maklum balas segera.

13. Terap budaya bertoleransi dalam masyarakat.

14. Raikan kemerdekaan negara yang ke-61 dengan penuh keinsafan dan meriah.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: INTIPATI TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN KEDAH SEMPENA PERASMIAN SIDANG DUN KEDAH KALI KE-14: Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top