Latest News

Wednesday 31 October 2018

Bersatu Terbuka Menerima Ahli Namun Bersyarat - Mukhriz Mahathir


YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir memaklumkan Bersatu bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang berminat, namun bagi pemimpin pembangkang terutamanya Adun dan Ahli Parlimen perlu memenuhi beberapa syarat tertentu.

“Kita tidaklah terlalu terbuka sehingga individu seperti Ahli Parlimen Pekan (Datuk Seri Najib Razak), Bagan Datuk (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim) dan Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) nak masuk...

“(Mereka) itu tak bolehlah dan tak payahlah... kerana mereka ini dalam senarai yang tidak akan kami pertimbangkan (untuk sertai BERSATU).

“Jadi, bagi lain-lain (ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri) jika berminat untuk menyertai kita amat dialu-alukan dengan syarat mereka harus meninggalkan amalan yang tidak baik dan sihat ketika dalam Umno". Kata Dato' Seri Mukhriz

Bagi memastikan BERSATU terus berintegriti dan relevan dalam kalangan masyarakat, parti itu sendiri sering mengadakan saringan terlebih dahulu.

Tindakan itu, katanya, bagi memastikan individu yang menyertai BERSATU bebas daripada sebarang amalan tidak baik yang dibawa daripada Umno.

“Kita masih kekalkan keterbukaan untuk menerima ahli baru termasuk ahli parlimen dan juga ADUN namun ia masih bersyarat kerana kita juga pun akan meneliti terlebih dahulu individu yang bakal menyertai parti ini menerusi saringan yang dilakukan.

“Seperti juga bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed di mana kita melihatnya seorang teknokrat yang terkenal, berwibawa dan professional di mana saya sendiri pernah berkhidmat sebagai timbalannya (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)...

“Saya tahu cara kerjanya dan tanpa berfikir panjang, kami menerima permohonannya untuk menerimanya sebagai ahli BERSATU sama seperti ahli yang lain,” katanya.

Sabtu lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin memberitahu Malaysiakini, terdapat 40 ahli parlimen Umno kini sedang membuat pertimbangan dengan teliti untuk menyertai BERSATU.

Perkembangan itu berlaku selepas penarikan diri Datuk Seri Mustapa yang juga bekas pengerusi Umno Kelantan untuk menjadi ahli parlimen dan ADUN Bebas sebelum menyertai BERSATU.

Mukhriz yang juga menteribBesar Kedah berkata, BERSATU kini sudah pun mempunyai 14 wakil dalam parlimen dan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pun menyatakan kesediaan untuk menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai parti itu tetapi dengan memenuhi beberapa syarat tertentu.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bersatu Terbuka Menerima Ahli Namun Bersyarat - Mukhriz Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top