Latest News

Tuesday 27 November 2018

Hari Kedua : Syarikat-syarikat Thailand dijemput tinjau potensi pelaburan di Kedah



27 November 2018 (Hari Kedua)

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bertemu dengan Mr. Prachai Leophairatana, CEO,Chairman of the Board of TPI Polene Power.

Syarikat telah memohon untuk berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi membeli bekalan gas dari Petronas Malaysia bagi kegunaan loji janakuasa elektrik mereka yang dicadang untuk dibina di Songkhla, Selatan Thailand.

8.00am/Bangkok Thailand


27 November 2018 (Hari Kedua)
10.00 am @ Bangkok, Thailand


Perjumpaan Meja Bulat Delegasi Kerajaan Negeri Kedah bersama Malaysia-Thailand Chamber of Commerce (MTCC).

Membincangkan peluang-peluang perniagaan antara dua Negara melalui kerjasama syarikat-syarikat Malaysia yang sudah bertapak di Thailand.

Syarikat-syarikat dari Thailand juga telah dijemput untuk meninjau potensi pelaburan di SBEZ, Rubber City dan KSTP di Kedah.


27 November 2018
Bangkok, Thailand
1.00pm


YAB MB Kedah serta rombongan bertemu dengan Mr Aswin Techajareonvikul, CEO Berli Jucker Company/Big C Supercenter di Ibupejabat Big C, Bangkok untuk mempelawa syarikat untuk membuka cawangan hypermarket mereka di Kedah yang pastinya akan membuka ruang kepada produk-produk dari Kedah & Malaysia untuk dipasarkan dengan lebih luas.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Hari Kedua : Syarikat-syarikat Thailand dijemput tinjau potensi pelaburan di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top