Latest News

Wednesday 28 November 2018

Tugasan Pertama Azraai Khor sebagai Ketua Jurulatih Piala Presiden Kedah


Sesi latihan pertama Skuad Piala Presiden Kedah di bawah kendalian Ketua Jurulatih yang baharu, Mohd Azraai Khor Abdullah petang 22 November Lalu  di Padang MADA. Sesi tersebut mengumpulkan sebilangan besar pemain Kedah B-21 serta sebilangan kecil pemain Kedah B-19 musim ini.

Dalam pengamatan beliau ketika mengendalikan sesi latihan, para pemain masih mengekalkan tahap kecergasan yang baik walaupun diberi rehat yang panjang. Satu perkembangan yang amat positif menuju musim 2019!

Azraai akan dibantu oleh penolongnya, Mohd Fauzie Nan, Mohd Rizal Johari (J. Kecergasan) dan Wan Ruzaimi (J. P. Gol).

Untuk rekod Azraai Khor pernah menjadi Ketua Jurulatih Skuad Utama Kedah dan cemerlang membawa pasukan itu menjuarai Piala Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia untuk dua musim berturut iaitu pada 2007 dan 2008

Semangat baru, Kedah !













  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tugasan Pertama Azraai Khor sebagai Ketua Jurulatih Piala Presiden Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top