Latest News

Thursday 27 December 2018

KES ADIB : KENYATAAN MEDIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN



KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI

Saya telah dimaklumkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia mengenai perkembangan siasatan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib bin Kassim yang kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan pihak polis melalui rakaman percakapan saksi-saksi, lakonan semula (re-enactment) dan juga hasil bedah siasat yang telah dilakukan oleh pihak forensik patalogi telah menemukan dapatan tertentu mengenai sebab kematian Allahyarham yang hanya boleh didedahkan di mahkamah kelak.


Saya telah berbincang dengan Peguam Negara mengenai perkembangan kes ini. Peguam Negara telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau selaku Pendakwa Raya, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah akan mengarahkan Majistret untuk membuat siasatan (inkues) di bawah Bab XXXII Kanun yang sama bagi menentukan sebab kematian Allahyarham.

Pihak Pendakwa Raya akan memohon kepada Mahkamah supaya ditetapkan tarikh pendengaran dengan segera dan akan membantu Majistret berkenaan dalam menjalankan inkues tersebut.

Di dalam prosiding inkues ini, Majistret akan mempunyai kuasa yang luas di bawah seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah yang memberi erti sebab kematian termasuk mempertimbangkan bagaimana Allahyarham menemui ajalnya dan sama ada kematiannya disebabkan, atau dipercepatkan oleh, apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh orang lain.


TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Menteri Dalam Negeri

27 Disember 2018
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: KES ADIB : KENYATAAN MEDIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top