Latest News

Friday 29 March 2019

MOU diantara Perbadanan Menteri Besar Kedah bersama dengan 4 syarikat industri penerbangan



Video rakaman sekitar YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) projek hab aeropolis dan aerospace utara dan pelaksanaan pusat pemasangan akhir pesawat avic harbin y12f dan pusat mro untuk helikopter avic harbin ac312e.

MOU ini diantara Perbadanan Menteri Besar Kedah bersama dengan 4 syarikat industri penerbangan dan juga anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah yang lain. Kelmarin saja 8 MOU melibatkan Kerajaan Negeri dan 2 pembeli aircraft.

Belum pun siap lagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, sudah ada pembeli yang berminat, sedia untuk membeli pesawat dan helicopter.

Dalam ucapan YAB MB dalam majlis tersebut,

“Sebagai permulaan syarikat AVIC Harbin akan melabur bagi membina kemudahan pemasangan pesawat Y12 dan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) helikopter AC312E di Kedah.

“Hab ini bakal meletakkan Kedah di peringkat global dalam industri penerbangan dengan harapan mampu menjadi pusat pembangunan dan penyelidikan industri penerbangan pada masa hadapan,”

Difahamkan, syarikat dari China berkenaan akan melabur antara RM1 hingga RM2 bilion bagi menyokong penubuhan hab aeropolis dan aeroangkasa dalam tiga peringkat bermula tahun hadapan.

Setakat ini, kerajaan negeri belum memutuskan di mana hab berkenaan akan dibina, namun ia berkemungkinan dibuka sama ada di Alor Setar, Langkawi atau Kulim mengikut kesesuaian.

Sebagai permulaan, AVIC Harbin dijangka memulakan kerja pemasangan akhir pesawat Y12 di kemudahan sementara di Lapangan Terbang Alor Setar (LTAS) mulai tahun hadapan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MOU diantara Perbadanan Menteri Besar Kedah bersama dengan 4 syarikat industri penerbangan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top