Langkawi - YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam sidang media beliau ketika hadir ke majlis berbuka puasa bersama YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad petang tadi di Masjid Nurus Salam, memohon maaf atas kekhilafannya tidak bersalaman dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.
Dato' Seri Mukhriz berharap Tuanku Sultan Ibrahim dapat memaafkan kekhilafannya kerana ia sesuatu yang tidak disengajakan.
Menurut Dato' Seri Mukhriz, beliau melihat Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah ke hadapan dan akan memulakan bacaan doa.
"Jadi, saya nak cepat ke sana tapi terlihat Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum bersalaman untuk mengucapkan takziah kepada baginda,"
"Apapun memang kesilapan saya jadi saya mohon maaf atas kekhilafan. Saya tak sengaja tetapi tidak boleh guna alasan tidak sengaja jadi sepatutnya memang kena berhenti untuk bersalaman." katanya
0 comments:
Post a Comment