
Anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Bina Darulaman Berhad (BDB) hari ini menyumbangkan RM307.500.00 kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
Majlis penyerahan ini dibuat semasa perasmian ' Flood Relief Charity Golf 2015 ' di Darulaman Golf & Country Club di Jitra hari ini.
Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada usaha-usaha dan sumbangan yang di hulurkan oleh pelbagai pihak termasuk Bina Darulaman Berhad dan vendor-vendornya .
Secara keseluruhan BDB telah menyumbangan RM150.000.00 dan selebihnya wang hasil penyertaan pemain-pemain golf dan vendor-vendor BDB.
Kerajaan Negeri pada hujung tahun 2014 telah menubuhkan skuad Sukarelawan Kedah Aman Makmur (SUKAM) bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan masih di sana untuk kerja-kerja pembersihan dan pembinaan penempatan.
Dengan sumbangan pelbagai pihak setidaknya mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir di Kelantan.
0 comments:
Post a Comment