
Skuad Lang Merah bagi tahun 2015 diyakini lebih mantap dalam mengharunggi saingan Liga Malaysia dengan gandingan empat pemain import dan tempatan.
Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir, perkara paling penting dalam sesebuah pasukan adalah keserasian antara pemain terutamanya pemain import.
" Nampaknya, Pemain Import dan tempatan sudah serasi bermain dan saya menaruh harapan agar pasukan Kedah dapat beraksi sebagai sebuah pasukan yang mantap untuk menghadapi saingan pasukan hebat lain"
Pretasi Skuad Lang Merah berdasarkan keputusan perlawanan persahabatan yang di lalui sebelum ini dengan tujuh kemenangan, seri tiga dan kalah tiga perlawanan.
" Ia Satu petanda baik untuk pasukan dan mereka harus terus beraksi cemerlang kerana kita berada di liga sebenar, situasinya berlainan". Katanya.
Pihak persatuan akan terus berusaha meletakkan permainan pasukan kepada corak permainan antarabangsa menerusi kerjasama dengan pihak luar.
" Kami akan meneruskan kerjasama dengan Cardiff City dalam usaha untuk meningkatkan mutu permainan pasukan Kedah," jelasnya.
Kerajaan negeri menyumbangkan sejumlah RM10 juta bagi pembangunan bola sepak negeri.
Bagi tahun 2015, Skuad Kedah telah ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah ( PKNK), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd (NAZA), dan Warrix untuk tajaan jersi.
Firefly Sdn. Bhd pula bersetuju menjadi syarikat penerbangan rasmi KFA dengan mengenakan tambang istimewa.
#MMFC #KedahAmanMakmur #LangMerah
0 comments:
Post a Comment