Latest News

Monday 19 January 2015

Tokoh Ulama Pak Teh Mat Di Anugerah (D.S.D.K) Membawa Gelaran Dato'


Tuan Guru Dato' Haji Ahmad Bin Haji Mohammad Nor, Ulama yang terkenal di Kedah semalam telah menerima Anugerah Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato' sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah. 

Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Noor merupakan pengasas Madrasah Ahmadiah. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1925 di Kampung Tanjung Padang Terap Kanan,merupakan anak keempat daripada 12 orang adik beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal pada tahun 1333Hijrah di Sekolah Melayu Padang Terap sehingga darjah empat. Melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Madrasah Sa’adah Ad-Daroin, Merbok,Bidong,Kedah dari tahun 1935 hingga 1937,iaitu hingga tamat tingkatan empat. 




Setelah mengikut pengajian di beberapa buah pondok di Negeri Kedah ini, beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu Madrasah Al- Sayuti, Mekah Al-Mukarramah selama lebih 10 dan berjaya mendapat Syahadah Al-`Ali dalam bidang Syariah Islamiah. Setelah kembali ke tanah air pada tahun 1961, beliau menubuhkan Madrasah Al-Ahmadiah Al-Solehiah Al-Islamiah. 

Perjalanan sekolah yang bermula secara sistem pondok, telah bertukar corak apabila pendaftaran sekolah ini diluluskan dengan rasminya pada 17 November 1986 dengan nama Madrasah Al Ahmadiah Al-Solehiah Al Islamiah.

Cetusan idea penubuhan sekolah yang lahir daripada kesedaran dan keinginan untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan serta memartabatkan ilmu, ternyata mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat. 

Bermula dengan sebuah bangunan kayu yang sederhana, sekolah ini berkembang dari masa ke semasa hasil muafakat masyarakat setempat serta bantuan daripada Pejabat Zakat Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan lain-lain. 

Pada tahun 1975 ,pelajar Sekolah Menengah Agama Ahmadiah buat pertama kalinya menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) disamping turut mengorak langkah menduduki peperiksaan-peperiksaan yang lain seperti SPM,STPM,SMRA,STA dan sebagainya.

Pada tahun 2003, di atas faktor keperluan semasa, pihak Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan rundingan dengan Lembaga Pengurusan Sekolah untuk mengambil alih Sek Men Agama Ahmadiah dan menjadikannya sekolah bantuan penuh kerajaan negeri. Hasil perbincangan dan rundingan, akhinya pada bulan Ogos 2003, Sek Men Agama Ahmadiah dengan rasminya diambil alih oleh Lembaga Maktab Mahmud sebagai cawangannya dengan nama Maktab Mahmud Padang Terap.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tokoh Ulama Pak Teh Mat Di Anugerah (D.S.D.K) Membawa Gelaran Dato' Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top