Latest News

Sunday, 21 June 2015

Jenazah Rohingya Dikebumikan Isnin ini - DS Mukhriz


Pendang, Sebanyak 21 mayat mangsa pemerdagangan manusia etnik Rohingya dari 106 mayat yang selesai dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar akan dikebumikan isnin ini.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir, pada isnin ini seramai 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia ini akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang Pokok Sena Kedah. katanya semasa menyampaikan sumbangan ramadhan dan berbuka di Pondok Bukit Kobah, Pendang semalam.

Jenazah-jenazah ini adalah peringkat pertama yang selesai dibedah dan akan dikebumikan seawal jam 10 pagi, isnin ini.

Beliau sendiri akan turun pada hari Isnin ini jam 12.30 tgh hari. Proses bedah siasat ini dilakukan oleh pakar-pakar dari Kuala Lumpur dan Kedah sendiri.

Menurut Dato' Seri Mukhriz, agensi seperti Majlis Keselamatan Negara, PDRM, Kerajaan Negeri Kedah dan juga majlis Agama Islam banyak membantu memudahkan operasi bermula semalam.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita pertemuan kubur besar di Kem Pemerdahangan Manusia di Wang Kelian Perlis. Kesemuam 106 orang jenazah telah di hantar untuk dibedah siasat dan dikebumikan di kampung Tualang.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jenazah Rohingya Dikebumikan Isnin ini - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top