Latest News

Sunday, 21 June 2015

Pondok Kedah Bukan Tempat Pengganas - DS Mukhriz


PENDANG 20 Jun - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa Pondok-pondok di Kedah bukan lubuk melahirkan militan Negara Islam IS.

Ketika berucap dimajlis berbuka dan sumbangan kepada warga pondok dibawah Yayasan Pondok di Madrasah Al Fathoni Bukit Kobah Pendang Semalam, beliau berkata, Kerajaan negeri telah memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat berhubung laporan media antarabangsa yang mendakwa pondok di Kedah melahirkan pengganas militan IS.

Semasa bertemu Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Y.Yun tempoh hari, Dato' Seri Mukhriz telah memberi penjelasan yang sama kepada Joseph bahawa Institusi sekolah agama atau pondok di Kedah ini bukan lubuk yang melahirkan Pengganas melalui sistem pendidikan radikal biarpun diakui hanya dua orang yang disahkan terlibat dalam fahaman ekstrem ini.

" Kerana hanya penglibatan dua orang pelajar dan pensyarah kononnya berjuang disana bukanlah gambaran bahawa kita adalah lubuk pengganas seperti laporan media barat". ujarnya lagi.

" Dua orang pelajar ini terpengaruh dengan mainan media sosial mengenai perjuangan pengganas militan dan kita telah berkerjasama dengan guru-guru pondok dan pelbagai pihak untuk membendung masalah ini. Katanya.

Beberapa orang pengasas sekolah pondok juga menafikan perkara ini dan tiada satupun modul "jihat atau mati syahid" diajar di pondok-pondok di Kedah.

Dalam Majlis berbuka ini, Dato' Seri Mukhriz turut memberi sumbangan kepada 11 buah pondok dibawah naungan Yayasan Pondok.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pondok Kedah Bukan Tempat Pengganas - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top