Latest News

Saturday 13 June 2015

Jom Derma Darah Sempena Kedatangan Ramadhan


YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz, hadir untuk merasmikan kempen derma darah pra- Ramadhan di Aeon Big, Alor Setar.

Beliau disambut oleh YB Amirudin, Ketua Pembangkang Kedah yang juga ahli Ansara. Bersama Dr. Rizal Pengerusi BNYV Kedah. Program ini merupakan satu kempen amal untuk menampung tabung darah yang semakin memerlukan. Malah ianya satu ibadah mulia untuk membantu orang ramai.

Selepas merasmikan kempen derma darah Pra-Ramadhan Dato Seri Hj Mukhriz ada meninggalkan pesanan kepada semua, terutama rakyat Kedah.

"Jom, selepas ini sertai saya menderma darah. Alhamdulillah, saya belum terlepas untuk menderma darah dalam kesemua edisi yang lalu. Inshaa-ALLAH, kali ini bukan yang terakhir. Saya berazam untuk menjalankan tanggungjawab sebagai penderma dan kesibukan tugas bukan alasan untuk tidak berbakti"

Admin: Untuk pengetahuan semua, termasuk kali ini sudah 11 kali Dato Seri MB menderma darah, malah beliau sudah mendaftarkan sebagai penderma organ.

Kalau MB pun dah derma darah, kita orang Kedah takkan nak tengok saja? Takut ka?



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jom Derma Darah Sempena Kedatangan Ramadhan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top