Latest News

Sunday 14 June 2015

Pemain Import T-Team Rebah Dan Meninggal Dunia


Khabar sedih dari sukan bola sepak, apabila pemain import T-Team dikhabarkan rebah di padang bola dan meninggal dunia malam tadi. 

Pemain import pasukan T-Team David Faramola Aniya meninggal dunia ketika perlawanan persahabatan di antara Kelantan dan T-Team, kelab dari Terengganu, di Stadium Sultan Muhammad IV.m

Pemain kelahiran Nigeria yang berusia 30 tahun itu tiba-tiba jatuh pada minit ketiga perlawanan sebelum dibawa oleh pasukan paramedik untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Menurut Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mat Zin pihaknya terkejut dengan perkara berkenaan memandangkan sebelum perlawanan pemain yang beraksi dalam Liga Perdana itu dibenarkan beraksi.

"Dia tidak mengadu apa-apa masalah sebelum ini dan memang ingin beraksi pada perlawanan ini.

"Dia memang pemain yang bagus dan selalu memberi arahan kepada rakan sepasukan, ini merupakan musim pertamanya bersama pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima pengesahan mengenai kematian pemain pertahanannya itu pada pukul 10.05 malam selepas dihubungi penolong jurulatih Azhari Salim yang berada di hospital berkenaan.

"Dikatakan (Faramola) ada masalah jantung tetapi kita perlu buat bedah siasat dahulu," katanya.

Perlawanan persahabatan itu dihentikan pada minit ke-60 oleh pengadil perlawanan Ku Alauddin Ku Muhammad.

Kami di Mukhriz Mahathir FC mengucapkan takziah kepada keluarga dan pasukan bolasepak T-Team. 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pemain Import T-Team Rebah Dan Meninggal Dunia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top