Latest News

Friday, 30 October 2015

Paintball World Cup 2015 Gegar Langkawi


Langkawi kembali menjadi tumpuan peminat paintball dunia apabila Kejohanan Paintball World Cup 2015 membuka tirai semalam hingga 01 November ini.

Majlis perasmian kejohanan ini dirasmikan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir malam tadi dan jamuan makan malam bersama kesemua para peserta kejohanan.

Edisi kelima ini mencatat sejarah sendiri apabila diberi kepercayaan badan paintball dunia, United Paintball Federation (UPBF) menganjurkan kejohanan berskala dunia apabila penganjur mencatat rekod cemerlang menganjurkan Paintball World Cup Asia, empat tahun berturut-turut.

Kejohanan kali ini disertai oleh pasukan kebangsaan terbaik dunia dari 24 negara bagi merebut gelaran terbaik dunia.

Antara negara yang menyertai kejohanan ini adalah Sweden, Afrika Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan, Mexico, Nepal, Indonesia, Australia, Austria, Singapura, Brunei, Kuwait, India, Iran, Norway dan Filipina.


Sebanyak 138 pasukan dari 38 negara, iaitu 65 peratus pasukan kebangsaan dan 35 peratus pasukan tempatan.

Dalam ucapan perasmian, Dato Seri Mukhriz menyifatkan kejohanan Paintball World Cup ini adalah sebahagian acara mempromosi Discover Kedah 2016.

Menurutnya lagi, Paintball mempunyai daya tarikan sendiri membabitkan gaya hidup orang muda dan kehadiran pasukan antarabangsa akan memberi inspirasi untuk orang muda menceburi sukan lasak ini.

Kejohanan ini diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri Langkawi. Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah Exco Pelancongan Kedah, YB Dato Mohd Rawi Abd Hamid, Adun Kuah, dan pegawai Daerah Langkawi.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Paintball World Cup 2015 Gegar Langkawi Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top