Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkata sehubungan itu sasaran untuk melihat rantau ini bebas daripada ancaman dadah pada tahun ini merupakan suatu "fatamorgana" atau ilusi.
Beliau berkata ASEAN perlu mengakui sasaran yang dirangka dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Tentang Dadah (AMMD) pada 2008 itu telah gagal dicapai.
"Realiti yang harus dihadapi adalah soal dadah (sasaran bebas dadah) tidak mempunyai tempoh tertentu ditetapkan dan perlu mengambil langkah jangka panjang.
"Kami (mesyuarat AMMD 2015) telah mengambil keputusan, hasrat untuk mencapai sifar dadah tahun ini adalah suatu fatamorgana atau ilusi yang mustahil untuk dicapai," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan AMMD ke-4 di sini Khamis.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment