YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir menjemput Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk ke Mesyuarat Menteri Asean di Langkawi pagi Ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, surat tunjuk sebab berkenaan dikeluarkan pada Isnin lalu dan mereka perlu menjawab mengapa lesen syarikat itu tidak boleh dibatalkan.
Katanya yang juga Menteri Dalam Negeri, syarikat berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab semula.
"Kita (KDN) mengeluarkan surat tunjuk sebab untuk membatalkan lesen (perniagaan) mereka dan syarikat berkenaan perlu memberi jawapan mengapa ia tidak boleh dibatalkan.
"Dalam soal ini, kita serius dan tidak akan berkompromi sekali gus mana-mana pihak tidak boleh terus menyalahkan KDN sahaja.
"Ini kerana kita (KDN) sudah meletakkan syarat ketat dalam pengambilan pegawai atau pengawal keselamatan dan syarikat itu perlu bertanggungjawab penuh untuk menyiasat latar belakang (sama ada memiliki kes jenayah atau sebaliknya)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri ASEAN ke-4 berhubung isu dadah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), di sini, hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui mati dipercayai dibunuh seorang lelaki yang juga pengawal keselamatan berusia 20 tahun di rumahnya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
H.Metro
0 comments:
Post a Comment