Latest News

Wednesday, 28 October 2015

Jangan Bimbang Salur Maklumat Tentang Rasuah - SPRM


BALING, 27 Okt (Bernama) -- Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang perlakuan rasuah kerana tindakan mereka dilindungi oleh undang-undang, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Jamidan Abdullah berkata saksi yang memberi kerjasama berkaitan kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

"Kita juga membuka kertas siasatan tertentu untuk menyiasat individu yang menganiaya pemberi-pemberi maklumat," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Merakyatkan SPRM' di sini, hari ini.

Masyarakat, beliau berkata tidak perlu bimbang tampil memberi maklumat kerana SPRM akan menjalankan tugas dengan telus dalam menegakkan keadilan untuk mereka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Muhamad berkata pihaknya melakukan 55 tangkapan sejak awal tahun sehingga kini, berkaitan gejala rasuah berbanding 22 penahanan dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata tangkapan sepanjang tahun ini, dibuat hasil 320 maklumat diterima suruhanjaya berkenaan berbanding 22 tangkapan daripada 490 maklumat yang diterimanya pada tahun lepas.

"Pencapaian itu hasil maklumat berkualiti daripada kerjasama masyarakat umum yang bersama-sama membantu SPRM membanteras rasuah," katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Tanah dbkl dulu karyaneka sebelah bangunan LTAT berstatus tanah dbkl atau sudah pindahmilik pada pemaju cina yg tamak....kenapa dipagar dng papan iklan projek
    mewah sekiranya tanah itu milik dbkl...?

    ReplyDelete
  2. Lot 279 tanah karyaneka bersebelahan bangunan LTAT ...dulu tanah dbkl ...apa status tanah tsb...?Kalau masih milik dbkl kenpa dipagar dng papan iklan projek mewah oleh pemaju tamak....apa hak dipagar tanah bukan milik pemaju...mohon dato mukhriz bongkar.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Jangan Bimbang Salur Maklumat Tentang Rasuah - SPRM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top