Disamping riadah, semua yang terlibat dapat merapatkan ukhuwah ketika pasukan Lang Merah berehat selama 4 hari sejak perlawanan Sabtu lepas. Latihan kembali diadakan di Stadium Mini Peremba dalam misi 3 mata menentang JDT II 4 November ini.
Presiden Bola Sepak Kedah, YAB Dato Seri Haji Mukhriz turut hadir memberi sokongan dan bergambar bersama semua pemain dna pegawai, beliau sempat memberi kata-kata semangat kepada pasukan Lang Merah dalam menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan A TM Piala Malaysia 2015 menentang JDT II.
Harapan beliau untuk melihat Kedah terus menjulang piala di masa hadapan selepas kejayaan memenangi kejuaraan Liga Premier 2015.
0 comments:
Post a Comment