Kesesakan yang berlaku di Terminal Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuah dan Jeti Kuala Perlis terutama musim cuti persekolahan mahupun perayaan adalah sesuatu tahap yang tidak boleh diterima dan Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini, ia telah dibangkitkan masalah ini kepada Kementerian Pengangkutan bagi penambahbaikan.
Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, beliau sudah beberapa kali berhubung dengan Kementerian Pengangkutan, keperluan di Kuala Kedah sudah sampai tahap mendesask, empat kali setahun berlaku kesesakan tidak terkawal.
Beliau turut mengalu-alukan pelancong lawat Langkawi tetapi dalam masa yang sama kemudahan terminal feri ini perlu ditambah baik.
"Saya dapati beberapa aspek pentadbiran diuruskan oleh Jabatan Laut, saya difahamkan mereka mempunyai bajet terhad. Tandas rosak pun tak ada peruntukan untuk baiki, jadi ini satu perkara kita tak boleh terima," kata Dato Seri Mukhriz.
Ditanya mengenai keperluan untuk menambah perkhidmatan feri pada waktu malam, beliau berkata aspek keselamatan perlulah difikirkan terlebih dahulu, dikhuatiri berlaku kerosakan pada waktu malam.
"Kalau feri rosak, ini akan timbulkan masalah kena hantar feri lain nak pindahkan penumpang di tengah-tengah laut, itu sebabnya kita ada peraturan waktu feri beroperasi," katanya.
Beliau bercakap kepada media setelah selesai program Sumbangan Persekolahan bagi Daerah Jerlun kepada lebih 1700 orang murid.
0 comments:
Post a Comment