Bukan kita nak percaya pada laporan berita luar, tapi jika kita harapkan laporan berita dari dalam negara, agaknya hingga negara bankrup pun belum tentu ada laporan yang telus.
Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama “Mr X” yang dakwanya milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wartawan Four Corners, ABC memperolehi rekod perbankan tersebut tetapi tidak mendedahkan sumbernya.
Perbelanjaan termasuk:
Barangan kemas – RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
Kempen politik – RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
Bayaran bagi media dan pengiklanan – jumlah tidak didedahkan
Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) – jumlah tidak didedahkan
Yayasan Rahah – RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
Penginapan Hotel – RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Beli-belah – RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
Percutian – RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
Kereta mewah – RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
Ahli perniagaan, akademik dan peguam – jumlah tidak ditentukan
Ahli perniagaan, akademik dan peguam – jumlah tidak ditentukan
0 comments:
Post a Comment