PETALING JAYA - “Kenapa nak takut? Saya tak bawa senjata, cuma nak berucap sahaja," kata Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, kehadirannya ke Pekan telah dirancang lebih awal, tetapi ada pihak memaklumkan bakal berlaku huru-hara.
“Itu pengakuan Umno, mereka hendak buat masalah. Orang lain dalam kawasan itu tunggu saya.
“Saya rancang nak pergi lebih awal tetapi Umno kata akan ada huru-hara,” katanya pada sidang media, hari ini.
Media melaporkan, Umno Pekan meminta Tun Mahathir membatalkan lawatannya ke kawasan itu kerana mungkin akan ada masalah dan pergaduhan, susulan rasa tidak puas hati padanya.
Ahli Jawatankuasa Umno Pekan Abdul Rahim Yahya mendakwa, ramai pemuda di kawasan itu telah memberitahunya mengenai lawatan Tun Mahathir dan mereka merancang melakukan banyak perkara.
Artikel : Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment