Latest News

Tuesday, 27 February 2018

Tsunami Melayu: Harapan yakin menang di Johor



KLUANG - Pakatan Harapan yakin akan menang di Johor pada PRU14 berikutan berlakunya tsunami Melayu.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tsunami yang berlaku itu akan menyebabkan orang Melayu hilang kepercayaan terhadap parti keramat Umno dan BN.

Menurutnya, fenomena itu akan berlaku di seluruh negara sepertimana tsunami Cina berlaku pada PRU13 lalu.

“Tsunami Melayu berlaku akan menyebabkan sokongan orang Melayu semakin turun kepada BN, tetapi orang Cina dan India kekal menyokong Harapan. Di Johor, Harapan mesti menang kali ini kerana situasi Johor tidak seperti dahulu. Johor mempunyai 56 kerusi dan jika mahu menang di sini (Johor) sekurang-kurangnya kita perlukan lebih satu kerusi iaitu 29 kerusi.

“Pada masa ini kita sudah sudah ada 16 kerusi yang mana 13 DAP, PKR (1), Amanah (1) dan Bersatu (1). Kita perlu tambah 13 kerusi lagi untuk menang di Johor. Insya-Allah Harapan akan menang khususnya di enam kerusi yang pernah dimenangi dalam PRU lalu antaranya di Parlimen Pagoh, Muar, Johor Bahru, Kluang dan Pasir Gudang,” katanya dalam ceramah pada program Luaskan Harapan Kluang di Flat Haji Manan, Kluang, di sini, malam tadi.



Hadir sama Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong merangkap Ahli Parlimen Kluang; Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr Shaharuddin Mat Salleh; Adun Mengkibol, Tan Hong Pin dan Adun Senai, Wong Shu Qi.

Muhyiddin berkata, sokongan orang Johor sudah hilang sehingga menyebabkan pembangkang dengan mudah menembusi kawasan Felda yang merupakan kubu kuat Umno.

Katanya, jika sebelum ini pembangkang tidak pernah berjaya masuk ke Felda tetapi kini mereka sendiri yang memanggil untuk Harapan datang ke sana.

“Johor tidak seperti dahulu, jika dahulu negeri ini kubu kuat kepada Umno dan kubu kuat kepada BN tetapi kini sudah kelabu dan rakyat sudah dapat menerima Harapan disebabkan mereka marah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta BN,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan kunjungan ke dua Felda di Kluang iaitu di Felda Ulu Belitong dan Felda Kahang Barat.

Artikel : Sinar Harian



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tsunami Melayu: Harapan yakin menang di Johor Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top