Latest News

Tuesday, 6 March 2018

Wan Saiful gesa NGO sokong HARAPAN pada PRU14


Bekas ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan menggesa badan bukan kerajaan menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mensasarkan rakan-rakannya dalam kumpulan masyarakat sivil, ahli akademik itu berharap organisasi berkenaan akan menilai semua manifesto PRU14 dan mengumumkan sokongan kepada parti yang paling dipersetujui mereka.

"Permintaan saya kepada rakan-rakan dalam masyarakat sivil adalah apabila anda melihat parti-parti politik membuat tawaran mereka, anda perlu memutuskan sama ada janji-janji ini dibuat cukup baik untuk negara atau tidak.

"Non-partisan adalah perkara penting dalam pergerakan masyarakat sivil tetapi pada masa sama, menjadi non-partisan tidak bermakna anda tidak menyokong sesiapa.



"Apabila tiba masanya, (saya harap) anda akan memberi sokongan kepada parti yang paling hampir dengan visi Malaysia yang anda mahu. Jika tidak, apa yang akan berlaku ialah anda menyokong secara tersirat (parti lain)," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.

Wan Saiful yang mengumumkan penyertaan ke dalam BERSATU baru-baru ini menyeru organisasi bukan kerajaan untuk menyokong HARAPAN secara khusus.

"Sudah tentu (sokong kami jika) kita paling dekat dengan misi mereka.

"Tetapi bagi mereka untuk buat keputusan, kita terbuka untuk dihakimi secara bebas dan adil oleh semua orang," kata Timbalan ketua biro dasar dan strategi BERSATU itu.

Sebelum menyertai politik minggu lalu, Wan Saiful mengetuai badan pemikir bebas, Ideas dan merupakan seorang penganalisa politik yag dikenali ramai.

HARAPAN dijangka mengumumkan manifesto PRU14 pada Khamis dan membayangkan dokumen itu akan mengetengahkan isu pembiayaan politik, reformasi institusi, pengisytiharan aset, kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan pengangguran.

Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan manifesto BN bagi PRU14 sebagai "yang terbaik" tetapi masih belum mendedahkan butiran mengenainya.

PAS telah mengumumkan janji khusus untuk Kedah manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) melancarkan manifesto mereka yang berbunyi "Manifesto untuk 99 peratus".
Laporan Malaysia Kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Wan Saiful gesa NGO sokong HARAPAN pada PRU14 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top