WALAUPUN selama empat dekad, Azif Ishak dan Ahmade Mohd Din tinggal di perkampungan Melayu yang sama di Johor Baru, mereka tidak pernah rapat.
Sehinggalah baru-baru ini ketika pergolakan politik dalam Umno, sehingga membawa kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin.
Kali pertama mereka berbuat secara serius ialah ketika Ahmade, 51, datang bertemu Azif, 62, untuk meminta kalau boleh menggunakan rumahnya sebagai lokasi program pembangkang.
Ahmade berkata beliau baru pulang daripada mendengar ceramah pertama oleh Muhyiddin dan Dr Mahathir di Bukit Pasir, Muar pada 16 Oktober, 2016 selepas Muhyiddin disingkir daripada Umno.
Azif mempunyai kawasan rumah seluas 8,000 kaki persegi di mana Ahmade fikir ia boleh menjadi lokasi yang sesuai.
“Walaupun saya tidak kenal Azif langsung pada masa itu, saya cuma datang dan tanya jika dia sedia memberi Bersatu guna rumahnya,” kata Ahmade.
“Ruang itu sudah lama kosong,” kata Azif, sambil berehat di buaian yang terletak di depan lukisan Dr Mahathir.
“Jadi bila Ahmade tanya saya, saya terus setuju.”
Mereka berdua menetap di Kg Dato Sulaiman Menteri (KDSM), antara perkampungan Melayu yang masih ada di Johor Baru, sejak hampir 40 tahun lalu dan malah, pernah tinggal di Singapura pada satu ketika dulu.
Azif, yang lembut bicaranya, pernah bekerja di pelantar minyak sebagai konsultan keselamatan sementara Ahmade mempunyai bengkel membaiki motosikal sebelum menjadi pemandu teksi dan selepas itu pembantu peribadi kepada konsultan di Kumpulan Prasarana Rakyat Johor.
Sebelum perbualan mereka pada 2016 itu, kedua-dua bekas ahli Umno begitu jarang bercakap antara satu sama lain.
“Kami ada terjumpa di masjid dan di kenduri di kampung tetapi jarang bercakap,” kata Ahmade, yang kini sering melepak di gazebo di rumah rakannya itu.
Kehadiran pembangkang di kampung BN
Ahmade Mohd Din (kiri) di rumah Azif Ishak di Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Baru yang dijadikan sebagai lokasi program pembangkang. – Gambar The Malaysian Insight, 25 Februari, 2018.
Ahmade berkata menganjurkan program pembangkang di kampung yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di bawah pusat mengundi Kampung Melayu Majedee 1 (KMM1) itu tidak pernah berlaku.
“Ini satu kejadian bagi mereka kerana pembangkang tidak pernah dapat datang ke sini. walaupun ketika kerusi Stulang dipegang oleh wakil MCA, mereka tidak datang ke sini kerana BN mahu mereka berkhidmat untuk pengundi Cina saja. Kawasan ini 100% Melayu, kata Ahamade.
KMM1 adalah satu daripada 24/40 pusat mengundi yang dimenangi Ahli Parlimen Johor Bahru Shahrir Samad pada pilihan raya umum (PRU) 2013.
Pada PRU itu, Shahrir menang KMM1 dengan 2,095 undi (82.9%) menentang calon PKR, Md Hashim Hussein yang menang 412 (16.3%).
Kemenangan Shahrir di KMM1 adalah cerminan sokongan keseluruhan yang diterima daripada pengundi Melayu di kawasan Johor Baru.
Pada PRU lalu, kerusi itu terdiri daripada 51% pengundi Melayu, 43% Cina dan 5% India. Keseluruhannya, Shahrir, wakil rakyat tujuh penggal itu diundi oleh 44,509 pengundi berbanding Md Hashim yang menerima 34,014 undi.
Kawasan Parlimen Johor Baru juga mempunyai dua kerusi DUN – Stulang dan Tanjung Puteri.
“Walaupun kami ahli Bersatu dan tidak ada calon Bersatu di sini, kami tidak kisah menganjurkan program untuk parti komponen. Tidak pernah sebelum ini anda dapat lihat bendera DAP dalam kampung 100% orang Melayu,” kata Azif.
Katanya, persahabatan dengan Ahmade diperkukuhkan oleh keinginan mereka untuk menjadi orang pertama di kampung itu yang bertanggungjawab membawa perubahan dalam kerajaan.
Ketika ditanya ada atau tidak penduduk kampung yang lain menyindirnya kerana membuka rumahnya untuk pembangkang, Azif berkata: “Rumah saya di Jalan Bunga Raya. Dan sekarang saya ada bendera bunga raya (logo Bersatu) dan ada roket (logo DAP) juga.”
“Jadi apa salahnya?” – 25 Februari, 2018.

Laporan The Malaysian Insight
0 comments:
Post a Comment