Latest News

Monday 30 July 2018

Mata Ganjaran Kepada Sukarelawan - Mukhriz


Kerajaan Negeri Kedah bercadang memperkenalkan program mata ganjaran kepada orang ramai yang tampil berbakti kepada orang tua atau pesakit yang memerlukan bantuan.

Mata ganjaran ini dapat ditebus apabila beliau sendiri memerlukan bantuan ketika sakit dan tidak berdaya suatu hari nanti.

Menteri Besar, Dato’ Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berkata kaedah ini pernah dicadangkan pihak tentu bagi program penjagaan paliatif dan orang tua di sebuah negara Scandinavia.


Kaedah ini dilihat praktikal dan sesuai diamalkan di negeri ini kerana bukan sahaja dapat menggalak dan mendorong semangat kesukarelawan malah membantu dalam menangani keperluan penjagaan pesakit dan orang tua dan yang tidak terdaya di negeri ini.

Secara tidak langsung ia dapat menerap nilai murni dan membentuk akhlak mulia dalam kalangan masyarakat agar peka dan prihatin dengan nasib yang menimpa anggota masyarakat yang lain.

Katanya, setiap penduduk dan pekerja akan didaftar dan diberikan kad untuk mengutip mata ganjaran atas khidmat bakti yang diberikan. Mata ganjaran yang dikumpul dapat ditebus kemudian hari apabila memerlukan.

Tambahnya, rancangan ini akan perinci untuk diperkenal di Kedah di masa depan.

Dato’ Seri Hj. Mukhriz berkata demikian ketika berucap pada jamuan malam sempena Kongres Hospis Kebangsaan di Alor Setar.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mata Ganjaran Kepada Sukarelawan - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top