Latest News

Thursday 2 August 2018

'MyReCourt' Mudahkan Urusan Dokumentasi Pendaftaran Kes Mahkamah Syariah Di Kedah



ALOR SETAR, 1 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah menerusi Unit Teknologi Maklumatnya telah mencipta sistem atas talian yang dikenali sebagai 'My Registration Court' atau MyReCourt bagi memudahkan penyediaan dokumentasi pendaftaran kes di Mahkamah Syariah Negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sistem itu dapat memudahkan proses penyediaan dokumentasi mahkamah di peringkat awal agar ia selaras dengan prosedur dan kehendak undang-undang selain dapat mengurangkan kos dan masa.

"Sebelum ini, kita ada mendengar rungutan di mana ada pihak yang sukar untuk mendaftarkan kes mereka berikutan proses yang rumit selain terpaksa berulang-alik ke mahkamah sekiranya dokumentasi tidak lengkap dan berlaku kesilapan semasa mengisi borang.

"Bagi memudahkan proses itu, sistem MyReCourt diwujudkan dan pihak yang ingin membuat pemohonan boleh melakukan sendiri dengan mengakses sistem itu melalui telefon pintar dan laman sesawang. Selain itu, kiosk pendaftaran turut disediakan di mahkamah dan pihak yang tidak tahu bagaimana hendak mengisinya akan dibantu oleh pegawai-pegawai mahkamah," katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Mukhriz melancarkan Sistem MyReCourt Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah di Wisma Darul Aman yang turut dihadiri Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Datuk Syeikh Abd Rahman Abdullah.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 'MyReCourt' Mudahkan Urusan Dokumentasi Pendaftaran Kes Mahkamah Syariah Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top