Latest News

Wednesday 15 August 2018

Gunung Pulai : Cari pendekatan menang-menang - Mukhriz


15 Ogos - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir ketika menjawap soalan dari Adun Bayu berkata, Kerajaan PH akan terus mengimbanggi antara pembangunan negeri dan pemuliharaan alam sekitar serta membawa hasrat Baginda Sultan Kedah sewaktu bertitah ketika perasmian Sidang Dun Kedah pada Isnin lalu dengan meminta kerajaan negeri untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti hasil hutan dan mencari hasil lain untuk negeri Kedah.

Isu Gunung Pulai terus mendapat perhatian Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Kedah bagi menyelesaikan masalah ini.

Dato' Seri Mukhriz menjelaskan, pembincangan baru perlu dibuat antara pihak Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) dengan masyarakat disana, pengambilan tanah bendang untuk membuat jalan oleh YIKED telah membimbangkan masyarakat. Hasil pembincangan mestilah menang-menang terhadap semua pihak.

MMFC News 

Jawapan YAB MB dalam Sidang Dun apabila disoal mengenai perkara tersebut.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Gunung Pulai : Cari pendekatan menang-menang - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top