Latest News

Thursday 6 September 2018

Kedah Sasarkan 25 Pingat Emas di SUKMA 19 Perak - Mukhriz



Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Kedah ke SUKMA Perak di Wisma Darul Aman.

Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman pada kali ini adalah seramai 666 anggota yang terdiri dari 469 orang atlet dan 197 orang pegawai yang akan mengambil bahagian dalam 28 jenis sukan yang akan dipertandingkan di SUKMA Perak 2018.

Pemenang pingat Emas Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di dalam Sukan Pelayaran iaitu Saudara Muhammad Fauzi Kaman Shah. Beliau juga akan berada di dalam Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman bagi memikul tanggungjawab menghadapi Temasya SUKMA 2018 ini.

YAB MB bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman ingin merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada atlet-atlet Negeri Kedah Darul Aman yang telah mengharumkan nama negeri dan negara di persada antarabangsa. Antara mereka ialah:

Saudara Muhamad Aznil Bidin, pemenang pingat emas di Sukan Komanwel Gold Coast 2018, dalam Sukan Angkat Berat.

Saudara Muhammad Fauzi Kaman Shah, pemenang pingat emas di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018, dalam sukan pelayaran.

Saudara Khairulnizam Mohd Afendy, yang menang pingat perak di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 dalam sukan pelayaran dan juga telah layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Saudara Ahmad Muaz Mohd Fisol, pemenang pingat perak di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018, dalam sukan tenpin bowling.

Saudari S. Sivasangari, ratu squash Kedah yang memenangi pingat perak dan gangsa di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 dalam sukan squash. Sivasangari juga akan bersama dalam Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman bagi memikul tanggungjawab menghadapi Temasya SUKMA 2018.

Tahniah juga kepada Saudara Muhammad Robial Sobri, pemenang pingat gangsa di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 dalam sukan pencak silat.

Begitu juga SYABAS! Saudari Aifa Azman kerana menang pingat gangsa di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 dalam sukan squash dan juga akan bersama dalam Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman ke Temasya SUKMA 2018.

Selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pasukan Bolasepak Piala Presiden Negeri Kedah Darul Aman yang telah menjadi Naib Juara dalam perlawanan akhir Liga Piala Presiden 2018 baru-baru ini.

Pasukan Bawah 21 Tahun ini juga bersama dalam Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman bagi memikul tanggungjawab menghadapi Temasya SUKMA 2018.

Semoga kekalahan “final” baru-baru ini dapat menjadi pengajaran dan menjadi pemangkin bagi memburu pingat emas dalam acara bolasepak.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengucapkan selamat berjuang kepada Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman yang akan menghadapi Temasya SUKMA 2018. Seluruh rakyat Negeri Kedah Darul Aman akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Sasarkan 25 Pingat Emas di SUKMA 19 Perak - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top