Latest News

Thursday 6 September 2018

Ucapan Penuh MB Kedah Di Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Kedah



YAB Dato' Seri pagi ini dalam Majlis Himpunan Bulanan Warga Wisma Darul.

Dalam ucapan YAB MB sebentar tadi, Keutamaan penjawat awam seharusnya diperincikan dan pentadbiran harus menyenaraikan hasil ataupun “expected outcomes” dengan jelas.

Apabila kita merancang, kita juga harus jelas apakah objektif yang ingin dicapai. “Outcomes” yang dijangka ini haruslah konkrit, realistik dan dapat diukur. Ini akan membolehkan harapan para pelanggan kita iaitu orang ramai dapat diuruskan dengan lebih bermakna.


Keseluruhan penjawat awam harus bertindak secara efektif dan produktif bagi menjayakan dasar Kerajaan Negeri yang telah diberikan keutamaan.

Kerajaan Negeri bertekad untuk menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri yang pentabirannya bijak dan berani membuat perubahan, berani berfikir di luar kotak, bersedia meneroka ruang baharu dan merebut peluang yang ada demi memacu pembangunan negeri ini. Ini bermakna kita harus berani dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Dalam usaha untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai, kita juga harus memberi penekanan terhadap pendekatan yang luar dari kebiasaan, “no longer business as usual”.

Pilihanraya Umum Ke-14 menunjukkan betapa rakyat dahagakan perubahan yang ketara dalam cara kerajaan mentadbir. Harapan rakyat begitu besar. Mereka mahukan pentadbiran dan penjawat awam yang efektif, yang cekap dan bersih; penjawat awam yang beretika dan berintegriti.

Maka, semestinya penjawat awam memikirkan bagaimana perhubungan dengan orang awam dapat dipertingkatkan secara efektif hingga ke akar umbi.

Prinsip asasnya adalah bagaimana kita boleh
menerimapakai “global best practices” dalam memperkukuhkan urus tadbir yang telus, responsif, yang mengutamakan keperluan rakyat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Kemampuan sesebuah ekonomi termasuk Kedah bergantung kepada tiga faktor utama iaitu produktiviti, tahap kemahiran dan urus tadbir.

Kita juga mesti berusaha untuk harus mengkaji bagaimana dapat memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan untuk memastikan perkhidmatan disempurnakan dengan efektif bagi mencapai matlamat Kerajaan Negeri yang telah meletakkan keutamaan dan hasil pencapaian (priorities and outcomes).

Kita mesti melihat Kedah bukan hanya sebagai sebuah negeri tetapi menjadi “key player” di dalam negara, serantau dan kenapa tidaknya, di peringkat global.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ucapan Penuh MB Kedah Di Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top