Setelah dua tahun mencuba, akhirnya Skuad Bolasepak Wanita Kedah menjuarai Piala Tun Sharifah Rodziah mengalahkan Melaka 2-0 di Perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Mini UITM Shah Alam.
Skuad KFA RED E'GIRL membuka jaringan pada minit ke 38' oleh Nurhayati dan gol kedua dijaringkan oleh Atin Surang pada minit ke 90'+.
Kedah meneruskan rentak cemerlang selepas layak ke pentas Akhir kejohanan kali ini. Menamatkan saingan liga di tangga teratas, kejayaan menewaskan Selangor FA di peringkat separuh akhir dengan jaringan 5-0 meletakkan skuad ini di laluan tepat untuk menjuarai Piala Tun Sharifah Rodziah musim ini.
YAB Presiden KFA, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir turut turun menyokong skuad Red E’girls.
Video Siaran Langsung di Bawah
0 comments:
Post a Comment