Latest News

Tuesday 11 December 2018

Projek Tuna : Kedah Akan Tubuh Armada Perikanan Laut Dalam



YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir meninjau Kapal laut dalam menangkap Tuna milik Luhaifeng Holding (M) di Pelabuhan Tanjung Lembong, Langkawi.

Projek ini dirancang ketika YAB Dato' Seri melawat Pelabuhan Tuna milik Luhaifeng di Qingdao, China beberapa tahun lalu.

Sebagai negeri yang mempunyai pantai yang terpanjang berdepan dengan Lautan Hindi ini, Kedah sangat bertuah jika seharusnya diberi peluang untuk menyertai dalam program penangkapan ikan di lautan ini.


Untuk menyahut cabaran ini, negeri Kedah berhasrat untuk menubuhkan satu armada kapal menangkap ikan laut dalam dikenali sebagai ‘Kedah Deepsea Fishing Fleet’ (KDFF).

Dengan kehadiran enam kapal menangkap ikan laut dalam kepunyaan syarikat LuHaiFeng, yang kini berada di Langkawi. Isu-isu yang disebutkan tadi, boleh diatasi sekiranya kita boleh mengadakan satu perkongsian strategik dengan syarikat yang besar seperti kumpulan LuHaiFeng.

Peluang keemasan ini bukan datangnya secara kebetulan kepada Malaysia amnya dan Kedah khasnya. Ia adalah bersempena dengan cadangan untuk membangunkan satu kompleks terminal bersepadu di negeri Kedah yang dicetuskan oleh syarikat LuHaiFeng.

Kompleks ini yang dipanggil ‘Kedah-LHF Integrated Agro Fisheries Development’ atau KIFD yang bakal menempatkan dermaga kapal-kapal ikan laut dalam yang besar, terutamanya dari Lautan Hindi serta kapal-kapal menangkap ikan negara-negara jiran yang lain.

Selain dari menjana ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, KIFD juga bakal membuka satu peluang keemasan yang besar untuk Malaysia untuk menerokai sumber tuna di bawah IOTC. KIFD akan menjadi landasan untuk Malaysia membangunkan armada vesel menangkap ikan laut dalam.





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Projek Tuna : Kedah Akan Tubuh Armada Perikanan Laut Dalam Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top