Latest News

Saturday 11 May 2019

Azammuddin Akil (ALEX) kembali beraksi selepas lebih 8 bulan berehat



ALEX BANGKIT DARI 8 BULAN KECEDERAAN.

Pemain lincah Kedah, Azammuddin Akil yang lebih dikenali dengan nama Alex kembali beraksi di padang apabila diturunkan pada 4 minit terakhir dalam perlawanan suku akhir kedua Shopee Piala FA 2019 Kedah menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman malam tadi selepas lebih 8 bulan berehat dari kecederaan. 

Pemain berpengalaman ini mula mempamerkan keyakinan untuk kembali beraksi selepas berehat panjang dari aksi kompetitif sebelum ini.

Kelibat beliau amat dinantikan semua peminat bolasepak, kemunculan malam tadi  mengantikan Muhd Farhan Roslan, adalah isyarat beliau akan kembali mengegar arena bolasepak Malaysia. Walaupun masih bergelut dengan cergas sepenuhnya untuk beraksi dalam masa penuh, pasti motivasi buat beliau kembali disenaraikan dalam pasukan.

Mengigit rumput padang malam ini, petanda azam beliau untuk membantu skuad hijaukuning mengecap kejayaan musim ini.

Dalam sidang media selepas perlawanan, beliau bersyukur diterima skuad hijaukuning, dipantau rapi pemulihannnya, 8 bulan tempoh pemulihan melalui 2 kali pembedahan dibahagian kaki bukanlah mudah, dengan sokongan kuat dari semua pihak di KFA. 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Azammuddin Akil (ALEX) kembali beraksi selepas lebih 8 bulan berehat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top