Latest News

Saturday 11 May 2019

Kedah melangkah ke separuh ahkir Shopee Piala FA 2019



Skuad Helang Merah Kedah berjaya melangkah ke separuh ahkir Shopee Piala FA 2019 selepas menewaskan PKNS FC dengan agregat 4-2 walaupun sekadar seri 1-1 dalam aksi ke dua suku akhir di Stadium Darul Aman Alor Setar malam tadi.


Dalam aksi pertama suku akhir menentang PKNS FC minggu lalu, Kedah menang selesa dengan jaringan 3-1. 

Perlawanan malam tadi, gol Kedah dijaringkan oleh Jonatan Bauman pada minit ke 15, sekaligus menekan PKNS FC yang cuba bangkit dari kekalahan pertama lalu. 

Peluang yang hadir melalui gerakan yang dimulai oleh Zaquan berjaya menghidu Rodriguez disebelah kanan yang pantas mengumpan bola untuk di rembat leret oleh Bauman ke arah gol.

PKNS FC cuba bangkit dari ketinggalan dengan Agregat 4-1 dengan asakan bertali arus ke gawang Kedah dan cubaan Azmeer Yusof untuk mengeluarkan bola hantaran lintang menerjah gawang sendiri.



Pasti kejayaan layak ke separuh akhir Shopee Piala FA 2019 mengembalikan kehangatan bolasepak Kedah beraksi diperingkat lebih jauh selepas tahun lepas terkandas awal di pusingan ketiga.

Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak menghamburkan pujian buat anak buahnya terus fokus untuk mengambil peluang kali ini beraksi lebih baik dengan menjaringkan gol pertama mengakibatkan tekanan buat lawan.

Video Gol Bauman pada minit ke 15

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah melangkah ke separuh ahkir Shopee Piala FA 2019 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top