Latest News

Monday 21 October 2019

JUMLAH TANAH RIZAB MELAYU DI KEDAH TAK MENURUN



ISNIN (21.10.2019)

ALOR SETAR - Jumlah tanah rizab Melayu di Kedah diyakini tidak menurun bersandarkan amalan kerajaan negeri yang sentiasa menambah keluasan tanah tersebut setiap kali berlakunya proses 'swapping'.


Menteri Besar, Dato' Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir berkata, setiap kali proses swapping dilakukan, jumlah tanah tersebut akan ditambah lima peratus daripada jumlah tanah asal.

"Itu amalan biasa di Kedah dan kita sangat yakin bahawa jumlah tanah rizab Melayu di Kedah tak menurun," katanya ketika menjawab soalan tambahan Muhammad Sanusi Md Nor (Pas-Jeneri) dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Terdahulu ketika menjawab soalan Sanusi mengenai pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan kawasan perindustrian baru di kawasan berstatus Tanah Rizab Melayu, Mukhriz berkata sehingga kini pihak KXP Airport City Holding Sdn. Bhd. selaku agensi pelaksana projek berkenaan belum mengemukakan permohonan 'swapping' kepada pejabat tanah berkaitan iaitu Pejabat Tanah Kuala Muda.

"Proses swapping hanya akan dilakukan selepas proses pengambilan tanah selesai dan setelah hak milik tanah dikeluarkan kepada pemaju. Walaubagaimanapun KXP Airport City Holding Sdn. Bhd. sudah memulakan usaha untuk mengenal pasti tanah-tanah penggantian berstatus luar simpanan Melayu.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: JUMLAH TANAH RIZAB MELAYU DI KEDAH TAK MENURUN Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top