Latest News

Wednesday 26 November 2014

#BanjirKedah 1182 Mangsa di Pindahkan!


ALOR SETAR - Lapan pusat pemindahan banjir dibuka di Kedah bagi menempatkan 1,182 mangsa daripada 334 keluarga berikutan kediaman mereka dilanda banjir.

Menurut Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah, lima pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Kubang Pasu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang menempatkan 253 orang daripada 86 keluarga, Dewan Kampung Lahar dengan 162 orang (34 keluarga), SMK Paya Kemunting dengan 375 orang (99 keluarga), Dewan Jitra dengan 218 orang (72 keluarga) dan Dewan Kampung Manggol menempatkan 60 orang daripada 14 keluarga.

Bagi daerah Kota Setar dua pusat pemindahan telah dibuka di SMK (C) Soon Cheng yang menempatkan 10 orang daripada empat keluarga dan Surau Kampung Longgok Pasir dengan 100 orang daripada 24 keluarga.

Di daerah Pendang, satu pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru yang menempatkan empat orang daripada sebuah keluarga.

Berikutan banjir telah surut di beberapa kawasan, mangsa dibenarkan pulang bagi membersihkan rumah masing-masing. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #BanjirKedah 1182 Mangsa di Pindahkan! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top